KISAH AIR ASIN AIR TAWAR
&
SUNGAI DALAM LAUT
َوُهَو يِذَّلا َجَرَم
ِنْيَرْحَبْلا اَذَه ٌبْذَع
ٌتاَرُف اَذَهَو ٌحْلِم
ٌجاَجُأ َلَعَجَو
اَمُهَنْيَب اًخَزْرَب
اًرْجِحَو اًروُجْحَّم
“Dan Dialah yang membiarkan
dua laut mengalir (berdampingan);
yang ini tawar lagi segar dan yang
lain masin lagi pahit; dan Dia
jadikan antara keduanya dinding
dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53)
Jika saudara termasuk orang yang
gemar menonton rancangan TV
`Discovery ’ pasti kenal Mr.Jacques
Yves Costeau. Dia seorang ahli
oceanografer dan ahli selam
terkemuka dari Perancis. Orang
tua berambut putih ini sepanjang
hidupnya menyelam ke pelbagai
dasar samudera di seantero dunia
dan membuat filem dokumentari
tentang keindahan alam dasar laut
untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari, ketika sedang
melakukan eksplorasi di bawah
laut, tiba-tiba dia menemui
beberapa kumpulan mata air tawar
yang segar dan sangat sedap
rasanya kerana tidak bercampur/
tidak melebur dengan air laut yang
masin di sekelilingnya, seolah-olah
ada dinding atau membran yang
membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan
Mr. Costeau dan mendorongnya
untuk mencari penyebab
terpisahnya air tawar dari air
masin di tengah-tengah lautan.
Dia mulai berfikir, jangan-jangan
itu hanya halusinasi atau khalayan
sewaktu menyelam. Waktu pun
terus berlalu setelah kejadian
tersebut, namun dia masih belum
menemui jawapan yang
memuaskan tentang fenomena
ganjil tersebut.
Sehingga suatu hari dia bertemu
dengan seorang profesor muslim,
kemudian dia menceritakan
fenomena ganjil itu. Profesor itu
teringat pada ayat Al-Quran
tentang bertemunya dua lautan
(Surah Ar-Rahman ayat 19-20)
yang sering dikaitkan dengan
Terusan Suez . Ayat itu
berbunyi,
َجَرَم ِنْيَرْحَبْلا
ِناَيِقَتْلَي
Maksudnya: Dia biarkan dua lautan
bertemu.
(Al-Rahman 55:19)
اَمُهَنْيَب ٌخَزْرَب اَّل
ِناَيِغْبَي
Maksudnya: Di antara keduanya
ada sempadan yang tidak boleh
ditembus.
(Al-Rahman 55:20)
Kemudian dibacakan surat Al
Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab
tafsir, ayat tentang bertemunya
dua lautan tapi tidak bercampur
airnya ditafsirkan sebagai lokasi
muara sungai, di mana terjadi
pertemuan antara air tawar dari
sungai dan air masin dari laut.
Namun tafsiran itu tidak
menjelaskan ayat berikutnya dari
surat Al-Rahman ayat 22 yang
berbunyi,
ُجُرْخَي اَمُهْنِم
ُؤُلْؤُّللا ُناَجْرَمْلاَو
Maksudnya: Keluar dari keduanya
mutiara dan marjan.
(Al-Rahman 55: 22)
Padahal tiada mutiara yang
dihasilkan di muara sungai.
Terpesonalah Mr. Costeau
mendengar ayat-ayat Al-Quran itu,
melebihi kekagumannya melihat
keajaiban pemandangan yang
pernah dilihatnya di lautan yang
dalam. Al Quran ini mustahil
disusun oleh Muhammad yang
hidup di abad ke tujuh, suatu
zaman yang mana belum ada
peralatan selam yang canggih
untuk mencapai lokasi yang jauh
terpencil di kedalaman samudera.
Berita tentang fenomena ganjil 14
abad yang silam benar-benar
suatu mukjizat. Akhirnya terbukti
pada abad 20, Mr. Costeau berkata
bahawa Al Quran memang
sesungguhnya kitab suci yang
berisi firman Allah, yang seluruh
kandungannya adalah benar
belaka. Justeru itu, dia lalu
memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau
mendapat hidayah melalui
fenomena teknologi kelautan.
Maha Benar Allah yang Maha
Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.
Rasulullah s.a.w. berkata,
“ Sesungguhnya hati manusia akan
berkarat sebagaimana besi yang
dikaratkan oleh air ”. Bila seorang
bertanya, “Apakah caranya untuk
menjadikan hati-hati ini bersih
kembali ?” Rasulullah s.a.w.
berkata, “Selalulah ingat mati dan
membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka
anda harus mengunjungi Cenote
Angelita , Mexico . Disana ada
sebuah gua. Jika anda menyelam
sampai kedalaman 30 meter,
airnya air segar (tawar), namun
jika anda menyelam sampai
kedalaman lebih dari 60 meter,
airnya menjadi air asin, lalu anda
dapat melihat sebuah “sungai” di
dasarnya, lengkap dengan pohon
dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, ia
bukanlah sungai biasa, ia adalah
lapisan hidrogen sulfida, nampak
seperti sungai … luar biasa bukan?
Lihatlah betapa hebatnya ciptaan
Allah SWT.
ِّيَأِبَف ءاَلآ اَمُكِّبَر
ِناَبِّذَكُت
Maka nikmat Tuhanmu yang
manakah yang hendak kamu
dustakan?
(Al-Rahman 55: 13)
نَّمَأ َلَعَج َضْرَأْلا
اًراَرَق َلَعَجَو
اَهَلاَلِخ اًراَهْنَأ
َلَعَجَو اَهَل َيِساَوَر
َلَعَجَو َنْيَب
ِنْيَرْحَبْلا اًزِجاَح
ٌهَلِإَأ َعَّم ِهَّللا ْلَب
ْمُهُرَثْكَأ اَل
َنوُمَلْعَي
Atau siapakah yang telah
menjadikan bumi tempat menetap
dan telah menjadikan sungai-
sungai di antara bahagian-
bahagiannya serta telah
menjadikan untuknya gunung-
ganang yang menetapnya; dan
juga telah menjadikan di antara
dua laut (yang masin dan yang
tawar) sekatan (semula jadi) yang
memisahnya? Adakah sebarang
tuhan yang lain bersama-sama
Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan
mereka (yang musyrik itu) tidak
mengetahui.
(Al-Naml 27:61)
نَّمَأ ُبيِجُي َّرَطْضُمْلا
اَذِإ ُهاَعَد ُفِشْكَيَو
َءوُّسلا ْمُكُلَعْجَيَو
ءاَفَلُخ ِضْرَأْلا ٌهَلِإَأ
َعَّم ِهَّللا اًليِلَق اَّم
َنوُرَّكَذَت
Atau siapakah yang
memperkenankan doa orang yang
menderita apabila ia berdoa
kepadaNya, dan yang
menghapuskan kesusahan, serta
menjadikan kamu pengganti
(umat-umat yang telah lalu)
mendiami dan menguasai bumi?
Adakah sebarang tuhan yang lain
bersama-sama Allah? Amat sedikit
di antara kamu yang mengingati
(nikmat Allah itu).
(Al-Naml 27:62)